Langkau ke kandungan utama

Trah Among Karsih - Pertemuan Silaturahmi Kali Pertama

Latar Belakang

Carta Keturunan Among Karsih@ Palang Boyo
Allahyarham Among Karsih @ Palang Boyo bin Among Karso@ Potro Joyo berasal dari Dusun Temon, Desa Temon Wetan, Kecamatan Temon, Kabupaten Kulon Progo, Jogjakarta, Indonesia. Beliau mempunyai 6 orang nak (5 laki2 dan 1 perempuan) terdiri daripada 1) Trasono 2) Sonokaryo 3) Dipokaryo@Haji Mustapha 4) Setromunadi 5) Saman@Haji Yunos 6) Jayem. Dua orang daripada  mereka ini iaitu Dipokaryo@Haji Mustapha dan Saman @ Haji Yunos telah berhijrah meninggalkan kampung halaman mereka ke Malaya pada sekitar awal tahun 1900 (tarikh sebenar tidak diketahui) meninggalkan kedua orang tuanya dan 4 orang lagi adik beradik mereka di Indonesia dan tidak pernah kembali lagi ke negara asal mereka sehinggalah masing-masing meninggal dunia tanpa memberitahu kepada anak-anak dan cucu mereka asal-usul mereka, hanya sekadar memberitahu bahawa mereka berasal dari Pulau Jawa, Indonesia. Usaha menjejaki keluarga asal mereka telah dilakukan semenjak tahun 2010 yang lalu oleh penulis bersama dengan abang2 penulis iaitu Tuan Haji Basiran bin Saman dan Parsan bin Saman. Setelah lebih 6 tahun, barulah usaha tersebut berjaya dan akhirnya pada diaturkan upacara pertemuan agung `Pertemuan Silaturahmi Trah Among Karsih' dengan harapan dapat mempertemukan anak cucu 6 adik beradik ini yang terpisah sejak hampir 1 abad (100 tahun) yang lalu. Pertemuan tersebut adalah perjumpaan yang akan dihadiri oleh semua keturunan Among Karsih @Palang Boyo bin Among Karsih@Potro Joyo dari 2 negara iaitu dari Malaysia dan Indonesia. Kini keturunan dari 6 orang anak-anak Among Karsih tinggal bertebaran di seluruh pelusuk Indonesia dan juga Malaysia.

Keberangkatan Rombongan Malaysia


15 Julai 2017 - Seawal jam 4.00 pagi, seramai 30 orang terdiri anak dan cucu kepada Dipokaryo dan Saman yang merupakan dua orang anak kepada Among Karsih @Palang Boyo bin Among Karso@Potro Joyo telah bersiap sedia di lapangan terbang KLIA2 untuk berangkat ke Jogjakarta, Indonesia bagi menghadiri program 'Pertemuan Silaturahmi Trah Among Karsih' buat kali pertama.
Keturunan Dipokaryo dan Saman
dari Malaysia
Tepat jam 6.30 pagi 15 Julai 2017, rombongan Trah Among Karsih dan Malaysia dengan diketuai oleh Mohd Anuar bin Mestar (Cucu kepada Dipokaryo) meninggalkan KLIA2 menuju ke Adisucipto Internasional Airport Jogjakarta. Ketibaan rombongan di sana telah disambut oleh Edy Purwanto bin Sadino dan Sagiyo Sapto Sudarmo bin Setromunadi bersama ibu Sulastri binti Tukiyem binti Setromunadi dan suami. Dengan 2 buah kenderaan yang disewa khas dan sebuah pacuan 4 roda khusus membawa bagasi, rombongan dibawa terus ke tempat pertemuan di Dusun Temon, Desa Temon Wetan, Kecamatan Kulon Progo, Jogjakarta yang jaraknya kira2 60 km dari lapangan terbang Adisucipto. 

Berhenti rehat melepas lelah di perjalanan
Rombongan berhenti rehat sebentar di perjalanan untuk mengambil sarapan pagi kerana kebanyakan ahli rombongan tidak berkesempatan bersarapan disebabkan terpaksa keluar dari rumah masing2 lebih awal takut terlewat tiba di KLIA2, kebetulannya kira-kira jam 3.00 pagi hari tersebut mungkin merestui perjalanan rombongan, hujan turun dengan lebatnya di Kuala Lumpur. Rombongan meneruskan perjalanan ke Dusun Temon dimana majlis pertemuan tersebut berlangsung. 
Hari Pertama Pertemuan -15 Julai 2017

bpk Sadino bin Sagiyo Sapto Sudarmo
Setelah mengharungi perjalanan hampir 2 jam (termasuk berhenti rehat), rombongan tiba di Dusun Temon. Sambutan yang diatur oleh saudara mara dari keturunan Setromunadi dan warga sekitarnya dengan pakaian tradisi Jawa Tengah ( baju khas dan blangkon) menyerikan suasana sambutan. Rombongan Malaysia pula yang laki2nya lengkap berpakaian baju Melayu bersamping songkit, manakala wanitanya pula dengan baju kurung bertudung seperti pakaian kelaziman wanita Malaysia.  

Pertama kali bertemu, sudah pastinya menimbulkan perasaan gembira, pilu dan sayu silih berganti di sanubari masing-masing. Sambil memperkenalkan diri ` saya dari keturunan Dipokaryo' atau `saya dari keturunan Saman' berpelukan sambil menangis kegembiraan silih berganti dari seorang ke seorang yang lain.  Betapa sayu dan hiba melihat suasana dimana tali persaudaraan yang terputus kira2 satu abad yang lampau dapat disambung kembali. Tidak tergambarkan bagaimana gembiranya hati setiap ahli rombongan yang hadir dan saudara sedarah sedaging yang menanti kehadiran keluarga terdekat mereka dari 2 negara yang berbeza. Tempat pertemuan ialah di  rumah bpk Sadino bin Sagiyo Sapto Sudarmo bin Setromunadi bin Among Karsih. Rumah tersebut adalah tapak asal kediaman (prabon) Allahyarham Among Karsih berserta dengan 6 anak yang disebutkan yang disebutkan tadi. Bpk Sadino bin Sagiyo Sapto Sudarmo pula ialah Ketua Dusun (Pak Dukoh) Temon. 

Ketibaan rombongan  trah Among Karsih dari Malaysia
disambut mesra keluarga Trah  Indonesia
Mohd Khairi Yunos
Sebaik sahaja masing-masing mengambil tempat duduk sebelum menikmati jamuan sarapan pagi yang telah disediakan, sebagai rasa tanda syukur atas nikmat Allah yang telah mengizinkan pertemuan tersebut, bacaan Alfatihah khusus buat roh Allahyarham anak-anak Among Karso iaitu bpk Tasono, bpk, Sonokaryo, bpk Dipokaryo, bpk Setromunadi, bpk Saman dan ibu Jayem yang kesemuanya telah meninggal dunia dibaca dan dikuti dengan bacaan doa dengan dipimpin oleh Mohd Khairi Yunos (penulis). Rasa sayu dan gembira terus silih berganti semasa bacaan doa berkenaan, sehingga ada dikalangan yang hadir tanpa segan silu menangis dan mengalirkan air mata.

bpk Faat gading Sarjoni
bpk Darjo Sumarto
Sambil beramah mesra bersama saudara sedarah yang setia menemani, mereka menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh keluarga yang terdiri daripada cucu cicit Setromunadi (anak ke 4 Among Karsih) yang telah berkampung di rumah berkenaan bermula sehari dua sebelum acara pertemuan bermula aturcara majlis dimulakan dengan pengacaranya bpk Faat Gading Sarjoni yang lengkap berpakaian tradisi jawa berserta keris tersisip dibelakang. Ucapan aluan disampaikan oleh bpk Darjo Sumarto (suami kepada Almahum ibu Pariyah binti Sagiyo Sapto Sudarmo) mewakili tuan rumah (bpk Sadino)  dan keluarga dari keturunan Setromunadi,

bpk Martho Utomo bin Ahmad Shukri bin Trasono
Majlis ramah mesra antara keluarga diteruskan selepas makan tengahri dan solat zohor diselangseli dengan kehadiran saudara mara yang jauh seperti dari Lampung (Sumatera Selatan), Jakarta, Ceribon dan Banjar - Ciamis (Jawa Barat). Manakala saudara yang dari Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat telah pun tiba pada hari Jumaat,

Disebelah petang pula di perkenalkan anak cucu dan cicit dari keturunan anak-anak Among Karsih seperti dari keturunan Trasono dengan diketuai oleh bpk Martho Utomo bin Ahmad Shukri  bin Trasono (kebanyakan mereka tinggal di sekitar Desa Temon Wetan seperti di Jati Kontal dan desa berhampiran),  


Ibu Badiah binti Sanmustar binti Sonokaryo & Subagiyo
bin Basirun bin Sanmustar bin Sonokaryo


Keturunan Sonokaryo pula dengan diketuai bu Badiah binti Sanmustar bin Sonokaryo / Subagio bin Basirun bin Sanmustar bin Sonokaryo Kebanyakan mereka menetap di Padaherang, Banjar Ciamis Jawa Barat 

Keluarga Mujono bin Milhadi dari ketrunan Setromunadi


Keluarga Ade Mujiarto bin Milhadi
bin Setromunadi
Keluarga Hj Supangadi dari keturunan Setromunadi
Keturunan Setromunadi pula bertebaran di seluruh pelusuk Indonesia sama di Jawa Barat (Merak, Sukabumi, Jakarta, Ceribon, Banjar Ciamis dan Pulau Lombok). 


Keturunan Dipokaryo (kebanyakan mereka menetap di Malaysia terutama di Negeri Perak Darul Ridzwan). 


Giliran Keturunan Dipokaryo bin Among karsih dari Malaysia
memperkenalkan diri
bertebaran di seluruh Malaysia atas tuntutan tugas masing2, ada yang Kuala Lumpur, Johor Bahru dan sebagainya, 
Keturunan Saman bin Among Karsih  dari Malaysia
sedang memperkenalkan diri




Manakala keturunan dari Saman @ Haji Yunus bin Among Karsih kebanyakan menetap di Kampung Teluk Rhu, di Daerah Sabak Bernam Selangor, Malaysia, walau bagaimanapun cucu cicitnya bertebaran di seluruh Malaysia Barat kerana tuntutan tugas masing-masing.

Akhir sekali keturunan daripada Jayem binti Among Karsih, cucu cicitnya bertebaran di seluruh pelusuk Indonesia dari Sumatera, Pulau Jawa, Bali dan Lombok, Kebanyakan cucu cicitnya tinggal menetap di Desa Ringintelu, kecamatan Bangorejo, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur di Indonesia. 




bpk Pitoyono bin Jemadi
(Keturunan Jayem)

Keturunan Jayem binti Among Karsih dari Banyuwangi
diketuai oleh bpk Sudiro bin Tukio





Acara hari pertama di akhiri dengan majlis bacaan tahlil arwah khusus buat Almarhum anak-anak mbah Among Karsih dan semua kaum keluarga yang telah meninggal dunia. Majlis tersebut dihadiri oleh semua jiran tetangga dan warga Dusun Temon. Majlis berakhir jam 10.00 malam.

Acara hari Ke 2 - 16 July 2017 (Ahad)


Acara Ceramah Agama


Bersama mendengar ceramah Agama
  
Cucu cicit  TrahAmong Karsih menziarahi pusara
datuk nenek di Tanah Perkuburan Ngasem, jati Kontal. 

Tambah kapsyen

Ahmad Sarwan bin Dipokaryo menziarahi pusara mbah Among Karsih buat kali pertama.

Acara hari2 seterusnya ialah berziarah ke rumah saudara mara di sekitar Kota Jogjakarta dan membeli belah sehinggalah hari terakhir penerbangan pulang ke Malaysia pada 20 July 2017. 


Bersama warga Desa temon dan pemimpin setempat rombongan diraikan dengan acara beramah mesr, ceramah agama dan makan tengahari.



Sebelah petang berziarah ke perkuburan Mbah Among Karso dan Among Karsih 


Keturunan Among Karsih  Malaysia 
Trah Among Karsih Indonesia  
ibu Sulastri , Rohayah Selamat dan Tukiran Sarjuni...
 
Foto kenangan di rumah bpk Faat gading Sarjoni di Karangwuni, Jogjakarta

Pada pagi 20 Julai 2017 jam 8.40 pagi rombongan Trah Among Karsih yang terdiri daripada keturunan Dipokaryo dan Saman meninggalkan Jogjakarta dengan 1000 kenangan manis selama 5 hari berkampung bersama sanak saudara dari satu darah yang sebelum ini terpisah hampir 100 tahun kini telah bertaut kembali menjadi satu `TRAH AMONG KARSIH' semoga kekal abadi selamanya......

Sebelum berangkat pulang ke Malaysia di Bandara  Jogjakarta 20 Julai 2017












Ulasan

  1. Tulisan ini hanyalah catatan peribadi penulis yang mungkin boleh dijadikan kenangan kepada anak cucu / keturunan mbah Among Karsih bin Among Karso yang sebelum ini tercari2 asal usul keturunan masing2. Walau tidak selengkap seperti yang dikehendaki, namun ianya boleh dijadikan rujukan dihari akan datang.. salam hormat dan kasih dari penulis...

    BalasPadam
  2. Terimakasih pakle Khairi yg telah rela menyisihkan waktunya untuk menulis seputar trah amungkarsih.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DIPOKARYO BIN AMONG KARSIH

TRAH AMONG KARSIH - Keluarga Dipokaryo - Dahulu sewaktu aku kecil, aku hanya tahu bapaku bernama Haji Yunos bin Among Karsih berketurunan jawa, berasal dari Indonesia. Aku hanya tahu bahawa Dipokaryo yang sering ku memanggilnya dengan nama ' Wak Dipo' tinggalnya di Batu 3, Kampung Selabak, Perak adalah satu2nya keluarga bapakku yang ada. Ada juga sekali dua aku dibawa bapakku ' Wak Dipo  menziarahi ' Wak Dipo'  di rumahnya. Wajah  ingat2 lupa didalam benak fikiranku.  Apabila 'W ak Dipo' meninggal dunia, bapakku tidak pernah lagi kerumahnya, namanya juga sudah jarang disebut oleh bapak. Alm Dipokaryo bin  Among Karsih Hubungan keluargaku dengan keluarga Wak Dipo juga boleh dikatakan menjadi agak jauh dan jarang bertemu. Silsilah keturunan Alm Dipokaryo@ Haji Mustaffa bin Among Karsih Tambahan lagi apabila seorang demi seorang anak- anak wak Dipo meninggal dunia. Kang Mahmud yang tinggal di Parit Seri, Parit Jawa, Muar Johor pernah sekali da...

Trah Among Karsih - Catatan perjalanan ke 3 menjejaki kampung asal keluarga

Trah Among Karsih - Kali ini harus ketemu di mana kampung asal keluargaku... bpk Suparno bin Jemadi 6 bulan berlalu selepas kunjungan pertama ke Banyuwangi pada bulan Mei 2011.  Pada bulan November 2011 kami (penulis, Haji Basiran dan Parsan) meneruskan usaha menjejaki keluarga Saman @ Haji Yunos bin Among Karsih di Pulau Jawa. Kunjungan kali ini mengambil masa dua minggu, kami merasakan tempoh waktu itu mencukupi untuk mencari dan menemui desa asal orang tua kami. Pesawat kami meninggalkan LCCT menuju bandara Juanda di Surabaya pada jam 6.30 petang. Tepat jam 8.00 malam WIB kami mendarat dan siap ditunggu bpk Suparno dan bpk Pitoyono. Dari bandara kami dibawa singgah sebentar di rumah keluarga angkat Pitoyono di Surabaya untuk makan malam. Kami membelah malam dari Kota Surabaya menuju ke Desa Ringintelu di Banyuwangi - hanya itu tempat yang kami tahu dalam usaha kami menjejaki keluarga orang tua kami di Indonesia. Sepanjang malam didalam kenderaan yang dipandu oleh...