TRAH AMONG KARSIH
- Keluarga Dipokaryo -
Dahulu sewaktu aku kecil, aku hanya tahu bapaku bernama Haji Yunos bin Among Karsih berketurunan jawa, berasal dari Indonesia. Aku hanya tahu bahawa Dipokaryo yang sering ku memanggilnya dengan nama '
Wak Dipo' tinggalnya di Batu 3, Kampung Selabak, Perak adalah satu2nya keluarga bapakku yang ada. Ada juga sekali dua aku dibawa bapakku '
Wak Dipo menziarahi '
Wak Dipo' di rumahnya. Wajah ingat2 lupa
didalam benak fikiranku. Apabila 'W
ak Dipo' meninggal dunia, bapakku tidak pernah lagi kerumahnya, namanya juga sudah jarang disebut oleh bapak.
|
Alm Dipokaryo bin
Among Karsih |
Hubungan keluargaku dengan keluarga Wak Dipo juga boleh dikatakan menjadi agak jauh dan jarang bertemu.
|
Silsilah keturunan Alm Dipokaryo@ Haji Mustaffa bin Among Karsih |
Tambahan lagi apabila seorang demi seorang anak- anak wak Dipo meninggal dunia. Kang Mahmud yang tinggal di Parit Seri, Parit Jawa, Muar Johor pernah sekali datang ziarah kerumah bapak di Teluk Rhu pada tahun 1986 bersamaku yang ketika itu aku bertugas di UTM Johor.
|
Alm Mahmud bin Dipokaryo |
Aku pernah kerumah Kang Mahmud pada awal perpindahanku dari UTM Kuala Lumpur ke UTM Skudai Johor pada tahun 1986.
|
Shawal bin Mahmud |
Selepas itu aku tidak pernah lagi ke rumahnya. Hubunganku dengan keluarga Kang Mahmud terputus sehinggakan entah bila Kang Mahmud meninggal juga aku tidak tahu.
|
Amran dan Aishah (anak2 Mahmud Dipokaryo) |
Begitu juga hubungan keluarga dengan abang- abang dan kakak sepupu yang lain seperti Kang Parjo@ Kastolani@ Haji Rashid, Yu Ngatirah, Kang Ali@ Mahali@ Ngdino, Kang Mesdar@ Mestar, Kang Ngadul@ Abdul Jalal, Yu Kamisah dan Ahmad Sarwan sudah agak renggang.
|
Keluarga Siti anak Alm Parjo @ Kastolani@ Haji Rashid bin Dipokaryo |
Hanya dengan keluarga Kang Ngadul yang agak sering ketemu kerana salah seorang anaknya @ Sabidah Abdul Jalal berkahwin dengan cucu kepada Saman iaitu Mohd Khodzri bin Mohd Ngadzib@ Haji Abdul Malik bin Haji Yunos @ Saman.
|
Keluarga Raden Tunjiah @ anak Alm Ngatiran binti Depokaryo |
Apabila ada sesuatu majlis di rumah Haji Khodzri, kebiasaannya anak- anak Kang Ngadul ini akan berkumpul dan kami dapat bertemu.
|
Ķeluarga Musleha @ anak kepada Ngadino@ Mahali bin Dipokaryo |
Manakala yang lain-lain terputus hubungan disebabkan tidak ada kontak hubungan serta tidak mengenali antara satu sama lain. Sehinggakan mengadakan majlis kenduri kahwin juga tidak menghantar jemputan.
|
Silsilah keturunan Mestar bin Dipokaryo |
|
Keluarga dari Ketrunan Mestar bin Diporkayo |
Masa terus berlalu, usaha mempertemu dan menghubungkan silaturrahmi dikalangan anak2 mbah Among Karsih tetap diteruskan.
|
Muslimah binti Mestar |
Setiap kali ada kunjungan dari keluarga Among Karsih dari Indonesia ke Malaysia, aku akan
|
Arbain Sanad bin Mestar |
bawa mereka bertemu dengan saudara2 disini. Almarhum Haji Kamarul Zaki yang ketika itu menjadi wakil rakyat (ADUN) Sungai Air Tawar mencetuskan saranan agar diadakan pertemuan keluarga besar Among Karsih (Reunion) dari Indonesia dan Malaysia. Tempat pertemuan adalah di kediaman (rumah tua / prabon) mbah Among Karsih di Temon Wetan Kulon Progo Jogjakarta. Perancangan awal telah pun difikirkan, namun Allah lebih menyayanginya, Haji Kamarul Zaki meninggal dunia pada Mac 2016 sebelum sempat melihat ideanya terlaksana.
|
Keluarga jeturunan Abdul Jalal Dipokaryo |
|
Hajah Sabidah binti Abdul Jalal |
Walau bagaimanapun atas persetujuan bersama, Reuni pertama Trah Among Karsih telah berjaya dilaksanakan di rumah tua / Prabon Among Karsih di Dusun Temon, Desa Temon Wetan, Kec. Kulon Progo pada 2017. Reuni Keluarga Trah Among Karsih ke-2 pula dilaksanakan pada Julai 2018 di rumah bpk Sugiyono bin Jemadi bin Jayem di Sambirejo, Kec. Bangorejo Banyuwangi. Reuni TAK ke-3 telah diadakan pada 29 Jun - 6 Julai 2019 bertempat di rumah Tajul Ariffin bin Abdul Jalal di Batu 4, Kg Selabak Teluk Intan, Perak Malaysia.
|
Silsilah keluarga Alm Kamisah binti Dipokaryo |
|
Sebahagian dari 12 orang anak2 Kamisah binti Dipokaryo |
Penyertaan daripada keluarga mbah Dipo dalam setiap reuni yang berlangsung telah mula menghubungkan kembali tali kekeluargaan yang sebelum ini agak renggang
|
Halijah binti Jailani @anak sukung Kamisah bt Dipokaryo |
menjadi kian rapat dari masa kesemasa. Anak- anak keluarga Kamisah yang sebelum ini boleh dikatakan tidak mengenali langsung anak- anak Almarhum Saman, kini telah berhubung mesra. Kunjungan anak- anak Kamisah ke runah penulis pada hari raya yang lalu menunjukan bahawa mereka mula menyedari adanya saudara sedarah dari keturunan datuk mereka (Dipokaryo).
|
Ahmad Sarwan bin Dipokaryo @ anak bongsu Dipokaryo |
Grup wassup ' Trah Among Karsih' yang diujudkan sebagai medium penghubung tali silaturrahmi dari keturunan Among Karsih kini dianggotai lebih 120 orang dari seluruh Indonesia dan Malaysia. Melalui grup wassup ini keturunan anak- anak Among Karsih dapat berhubung diantara satu sama lain. Diharapkan hubungan silaturrahmi ini akan berkekalan sampai bila-bila.
Foto kenangan Reuni Trah Among Karsih Ke 3
pada 29 Jun 2019 - 6 Julai 2019.
Ya Allah..semoga ikatan kekeluargaan ini hingga ke Jannah..
BalasPadamAamiinn!!!
Padam