Langkau ke kandungan utama

Trah Among Karsih - Menyelusuri Keluarga Trah Among Karsih 2011

TRAH AMONG KARSIH – MENYELUSURI TRAH AMONG KARSIH (5 – 12 MEI 2011)

Among Karsih @ Palang Boyo ialah anak kepada Among Karso @ Potro Joyo.   Among Karsih mempunyai 6 orang anak yang terdiri daripada:

1. Trasono - keluarganya menetap di Jati Kontal, Temon Wetan
2. Sonokaryo – Keluarganya menetap di Padaherang, Banjar Ciamis , Jawa Barat
3. Dipokaryo – keluarganya menetap di Kampung Batu 3, Selabak, Teluk Intan Perak.
4. Setromunadi – Keluarganya menetap di Dusun Temon, Temon Wetan, Yogyakarta
5. Saman – keluarganya menetap di Kampung Teluk Rhu, Sabak Bernam, Selangor
6. Jayem – Keluarganya menetap di Desa Ringintelu, Bangorejo, Banyuwangi.

Keluarga Among Karso menetap di Dusun Temon, Desa Temon Wetan, Kecamatan Kulon Progo, Jogjakarta, Indonesia.  Makam / pusara Among Karso berada di Tanah Perkuburan Dusun Temon, manakala makam / pusara Among Karsih serta isterinya berada di Tanah Perkuburan Dusun Ngasem Dusun Jati Kontal juga di Desa Tempon Wetan.

Dua orang putra Among Karsih Dipokaryo (anak ke 3) dan Saman (anak Ke 4) telah berhijrah ke Malaya melalui Singapura pada sekitar tahun 1910. Daripada Singapura kedua beradik ini menuju negeri Johor dan seterusnya ke Perak dan Selangor. Kini keturunan  Dipokaryo kebanyakan mereka berada di Kampung Selabak Teluk Intan. Manakala keturunan Saman pula berada di kampung Teluk Rhu, Daerah Sabak Bernam di Negeri Selangor.
Mohd Khairi b Mohd Saman

Parsan b. Mohd Saman
Haji Basiran bin Mohd Saman

Sebagai usaha untuk menghubungkan kembali tali persaudaraan yang hampir putus diantara 6 beradik anak-anak kepada Among Karsih, tiga beradik terdiri daripada anak-anak Saman@Haji Yunos yang terdiri daripada Basiran, Parsan dan Mohd Khairi telah mengadakan beberapa siri kunjungan ke Indonesia, khususnya di Pulau Jawa dengan satu hasrat ingin bertemu dengan saudaramara yang juga sedarah daripada satu keturunan iaitu Among Karsih.

Image may contain: 1 person
Jayem binti Among Karsih
Kunjungan silaturrahmi pertama ialah menuju ke Desa Ringintelu di Kecamatan Bangorejo, Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur.  Ini kerana 2 orang cucu kepada bik Jayem iaitu Edi Supeno dan Supardi pernah berkunjung ke Malaysia pada tahun 1989 dan terputus hubungan setelah mereka berdua kembali ke Indonesia.

Ketibaan kami di Lapangan Terbang Ngurah Rai pada jam 9.30 malam 5 Mei 2011 di sambut oleh Edi Supeno dan Pitoyono yang langsung membawa kami membelah malam merentasi Bali menuju ke Gilimanuk menyeberang Selat Bali untuk ke Pulau Jawa dan menuju ke Desa Ringintelu di Kecamatan Bangorejo. Sekitar jam 3.00 pagi rombongan tiba di terminal Jajag untuk berehat mengisi perut yang kosong.

Meneruskan perjalanan lebih kurang 13 kilometer lagi untuk sampai ke rumah Edi Supeno dan akhirnya kira2 jam 4.30 pagi tiba di tempat yang dituju iaitu rumah Edi Supeno. Merehatkan badan sebentar sambil menanti waktu subuh. Ketika itu hanya Edi Supeno sahaja yang dikenali oleh rombongan dari Malaysia ini.

 

MENYELUSURI TRAH AMONG KASIH – HARI KE-2 ( 6 Mei 2011)


Basiran bersama Edi Supeno
Majlis Tahlil Arwah
Sebahagian tetamu yang hadir
Cucu Jayem binti Among Karsih
Parsan bersama Suparno
Bermulalah lawatan silaturrahmi ke keluarga keturunan Jayem iaitu anak ke-6 kepada Among Karsih. Setelah membersihkan diri dan segar sedikit daripada kepenatan kerana perjalanan yang jauh, kami menemui saudara mara yang berkumpul sejak awal pagi di rumah Edi Supeno. Bertanya kabar dan memperkenalkan diri masing-masing.

Sepanjang hari saudara mara berkumpul meraikan kedatangan saudara sedarah mereka dari Malaysia yang tidak pernah ditemui sebelum ini. Mereka hanya mengetahui ada saudara mereka di Malaysia namun tidak termimpi untuk bertemu muka apatah lagi berbicara berbual mesra,

Pada malam kedua, mereka sekali lagi berkumpul di rumah Edi Supeno untuk mengadakan kenduri kesyukuran dan bacaan tahlil arwah kepada Almarhum nenek mereka iaitu Jayem dan juga Haji Yunos yang telah meninggal dunia. Majlis tersebut berakhir lewat tengah malam.

Sebaik sahaja selesai majlis tahlil dan mengirim doa buat kesemua saudara mara yang telah meninggal dunia di Indonesia, perbualan dan ramah mesra diteruskan sehingga menjelang subuh. Topik perbualan hanyalah berkaitan asal keturunan dan bagaimana usaha mempertemukan semula dan menyatukan keluarga besar Among Karsih ini boleh dilaksanakan. Kebanyakan anak cucu / cicit tidak memiliki cerita atau maklumat berkaitan dengan asal keturunan dan adik beradik kepada Datok atau nenek mereka. Malahan kampung asal Datok atau nenek mereka juga ada yang tidak mengetahuinya.

Malam kedua di Desa Ringintelu, Kecamatan Bangorejo berlalu penuh kemesraan sehingga menjelang subuh apabila masing-masing `pamit’ untuk kembali ke rumah masing-masing.
Sapuan, Pitoyono dan Sudiro
Image may contain: one or more people, people sitting and people standing
Keluarga dari Bondowoso

MENYELUSURI TRAH AMONG KASIH – HARI KE-3 ( 7 Mei 2011) - Hari Ke 4 - 8 Mei 2011


Tukiran@ Korim
Pusara Jayem binti Among Karsih
Rumah Edi Supeno terus menjadi tumpuan kepada saudara mara yang terus datang berkunjung, ada yang datang daripada Jember dan Bondowoso yang jaraknya kira-kira 150 km dari Desa Ringintelu ini semata-mata ingin bertemu dengan saudara jauh yang sebelum ini sekadar mendengar cerita dan tidak pernah bersua muka. Ada dikalangan mereka mengambil cuti untuk datang meraikan kehadiran kami yang terbang dari jauh dengan satu tujuan ingin bertemu dengan saudara sedarah yang sebelumnya juga tidak pernah dimimpikan untuk sampai ke penghujung timur Pulau Jawa ini bertemu dengan dengan saudara kami. Oleh kerana Saman@Haji Yunos adalah abang kepada Jayem dan kami anak-anak Saman merupakan saudara ber`pangkat’lebih tua daripada kalangan mereka. Anak, cucu dan cicit kepada mak saudara kami (Jayem) memanggil kami dengan gelaran `Mas (abang), `Pakde (Bapa saudara tua)’dan ‘Mbah (Datok)’Hari ini seharian kami menerima kehadiran tetamu yang tidak putus-putus dari seluruh kawasan berhampiran. Manakala handphone Edi Supeno pula tidak putus-putus bordering bertanyakan tentang kami dari saudara mara yang jauh dari seluruh pelusuk Indonesia.

Image may contain: 3 people
Bpk Tresno bin Jemadi dan Pitoyono
Keluarga Warjito Tukio

Beramah mesra bersama keturunan bik Jayem
Hari ini bersama dengan saudara mara, kami dibawa berziarah ke rumah saudara mara yang lain di sekitar Desa Ringintelu, Sukorejo dan Banyuwangi dari awal pagi hingga sekitar jam 9.00 malam baru kembali semula ke rumah Edi Supeno.
Hari ke 5 – Ke Pulau Bali

Setelah empat (4) hari berkunjung ke Desa Ringintelu bertemu dengan saudara mara dari keturunan Bik Jayem (anak ke 6 Among Karsih), hari ini kami tiga beradik terpaksa meninggalkan mereka, walau pun jauh disudut hati kami perasaan berat untuk melangkahkan kaki meninggalkan desa ini. Layanan baik saudara mara disini selama 4 hari menjadikan dada kami sebak, sedih dan pilu untuk meninggalkan mereka. Tambahan pula inilah kali pertama kami bertemu. Namun setiap pertemuan pastinya ada perpisahan. Banyak lagi maklumat yang harus kami cari untuk meneruskan usaha menyelusuri asal usul dan tanah kelahiran orang tua kami SAMAN @HAJI YUNUS BIN AMONG KARSIH.

Di Selat Bali ( dari kiri: Saginah, Parsan, Sugiyono, Basiran, Suparno dan Pitayah)


Berhenti rehat di tepi pantai di pulau Bali
yang indah sambil menikmati bekalan yg dibawa.











Dengan ditemani bpk Sugiyono dan isterinya bu Pitayah serta bpk Suparno dan isterinya bu Saginah menjadikan kenderaan pacuan 4 roda dari jenis Panther ini sesak memuatkan 7 orang meninggalkan Desa Ringintelu Banyuwangi dengan linangan air mata serta janji dalam tempoh 6 bulan pasti akan datang lagi kami melangkah pergi menuju Pulau Bali untuk berangkat keesukannya pulang ke Malaysia.


Foto kenangan sebelum berlepas pulang ke Malaysia
dari kiri ibu Saginah (isteri Suparno), Hj Basiran, Suparno,
Parsan, ibu Pitayah dan Sugiyono
Setelah mengharungi perjalanan panjang sekitar 6 jam, menyeberang Selat Bali (dari Ketapang di Pulau Jawa ke Gilimanuk di Pulau Bali), berbekalkan pisang rebus (kalau di Malaysia dipanggil pisang abu), kami berhenti rehat di perjalanan di tepi mengisi perut diwaktu tengahari dengan nasi dan lauk yang dibawa dari rumah (budaya warga Indonesia mungkin! Membawa bekal di setiap perjalanan bagi menjimatkan belanja).

Kira-kira jam 7.00 petang kami memasuki kota Denpasar di Bali disambut oleh bpk Hendra dan bu Ririn, dibawa singgah ke rumah mereka sebelum dihantar menginap di hotel Darmadi, Denpasar.

Kami berlepas ke Kuala Lumpur dengan satu janji akan datang lagi dalam tempoh 6 bulan untuk meneruskan usaha mencari Trah orang tua kami, InsyaAllah…………………..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trah Among Karsih - Pertemuan Silaturahmi Kali Pertama

Latar Belakang Carta Keturunan Among Karsih@ Palang Boyo Allahyarham Among Karsih @ Palang Boyo bin Among Karso@ Potro Joyo berasal dari  Dusun Temon, De sa Temon Wetan, Kecamatan Temon, Kabupaten Kulon Progo, Jogjakarta, Indonesia. Beliau mempunyai 6 orang nak (5 laki2 dan 1 perempuan) terdiri daripada 1) Trasono 2) Sonokaryo 3) Dipokaryo@Haji Mustapha  4) Setromunadi 5) Saman@Haji Yunos 6) Jayem. Dua orang daripada  mereka ini iaitu Dipokaryo@Haji Mustapha dan Saman @ Haji Yunos telah berhijrah meninggalkan kampung halaman mereka ke Malaya pada sekitar awal tahun 1900 (tarikh sebenar tidak diketahui) meninggalkan kedua orang tuanya dan 4 orang lagi adik beradik mereka di Indonesia dan tidak pernah kembali lagi ke negara asal mereka sehinggalah masing-masing meninggal dunia tanpa memberitahu kepada anak-anak dan cucu mereka asal-usul mereka, hanya sekadar memberitahu bahawa mereka berasal dari Pulau Jawa, Indonesia. Us...

DIPOKARYO BIN AMONG KARSIH

TRAH AMONG KARSIH - Keluarga Dipokaryo - Dahulu sewaktu aku kecil, aku hanya tahu bapaku bernama Haji Yunos bin Among Karsih berketurunan jawa, berasal dari Indonesia. Aku hanya tahu bahawa Dipokaryo yang sering ku memanggilnya dengan nama ' Wak Dipo' tinggalnya di Batu 3, Kampung Selabak, Perak adalah satu2nya keluarga bapakku yang ada. Ada juga sekali dua aku dibawa bapakku ' Wak Dipo  menziarahi ' Wak Dipo'  di rumahnya. Wajah  ingat2 lupa didalam benak fikiranku.  Apabila 'W ak Dipo' meninggal dunia, bapakku tidak pernah lagi kerumahnya, namanya juga sudah jarang disebut oleh bapak. Alm Dipokaryo bin  Among Karsih Hubungan keluargaku dengan keluarga Wak Dipo juga boleh dikatakan menjadi agak jauh dan jarang bertemu. Silsilah keturunan Alm Dipokaryo@ Haji Mustaffa bin Among Karsih Tambahan lagi apabila seorang demi seorang anak- anak wak Dipo meninggal dunia. Kang Mahmud yang tinggal di Parit Seri, Parit Jawa, Muar Johor pernah sekali da...

Trah Among Karsih - Catatan perjalanan ke 3 menjejaki kampung asal keluarga

Trah Among Karsih - Kali ini harus ketemu di mana kampung asal keluargaku... bpk Suparno bin Jemadi 6 bulan berlalu selepas kunjungan pertama ke Banyuwangi pada bulan Mei 2011.  Pada bulan November 2011 kami (penulis, Haji Basiran dan Parsan) meneruskan usaha menjejaki keluarga Saman @ Haji Yunos bin Among Karsih di Pulau Jawa. Kunjungan kali ini mengambil masa dua minggu, kami merasakan tempoh waktu itu mencukupi untuk mencari dan menemui desa asal orang tua kami. Pesawat kami meninggalkan LCCT menuju bandara Juanda di Surabaya pada jam 6.30 petang. Tepat jam 8.00 malam WIB kami mendarat dan siap ditunggu bpk Suparno dan bpk Pitoyono. Dari bandara kami dibawa singgah sebentar di rumah keluarga angkat Pitoyono di Surabaya untuk makan malam. Kami membelah malam dari Kota Surabaya menuju ke Desa Ringintelu di Banyuwangi - hanya itu tempat yang kami tahu dalam usaha kami menjejaki keluarga orang tua kami di Indonesia. Sepanjang malam didalam kenderaan yang dipandu oleh...