Langkau ke kandungan utama

Trah Among Karsih - Catatan perjalanan ke 3 menjejaki kampung asal keluarga

Trah Among Karsih - Kali ini harus ketemu di mana kampung asal keluargaku...
bpk Suparno bin Jemadi


6 bulan berlalu selepas kunjungan pertama ke Banyuwangi pada bulan Mei 2011.  Pada bulan November 2011 kami (penulis, Haji Basiran dan Parsan) meneruskan usaha menjejaki keluarga Saman @ Haji Yunos bin Among Karsih di Pulau Jawa. Kunjungan kali ini mengambil masa dua minggu, kami merasakan tempoh waktu itu mencukupi untuk mencari dan menemui desa asal orang tua kami. Pesawat kami meninggalkan LCCT menuju bandara Juanda di Surabaya pada jam 6.30 petang. Tepat jam 8.00 malam WIB kami mendarat dan siap ditunggu bpk Suparno dan bpk Pitoyono. Dari bandara kami dibawa singgah sebentar di rumah keluarga angkat Pitoyono di Surabaya untuk makan malam.

Kami membelah malam dari Kota Surabaya menuju ke Desa Ringintelu di Banyuwangi - hanya itu tempat yang kami tahu dalam usaha kami menjejaki keluarga orang tua kami di Indonesia. Sepanjang malam didalam kenderaan yang dipandu oleh bpk Pitoyono, berhenti solat subuh di sebuah surau di perjalanan, melewati beberapa kota buat pertama kalinya dan akhrnya jam 8.30 pagi (WIB) kami sampai ke rumah bpk Suparno.

Setelah berehat menghilangkan penat dan membayar hutang tidur kami berpindah ke rumah bpk Edi Supeno. Sambil santai  kami berbual mesra dengan saudara mara yang berkunjung menyambung topik perbulan yang tidak selesai sewaktu kami berkunjung pada bulan Mei yang lalu.  Banyak maklumat baru yang diperolehi kali ini.  Desa asal orang tua kami juga sudah mula terbayang apabila ada dikalangan saudara di Jogjakarta yang mengetahuinya kedudukan desa asal orang tua kami.
Meraikan perkahwinan putri kepadaTresno bin Jemadi
(cucu Jayem binti Among Karsih) di Jember Jawa Timur
Apabila dimaklumkan bahawa saudara kami di Jogjakarta yang bernama bpk Faat Gading Sarjoni mengetahui kampung asal orang tua kami (Saman@Haji Yunus), kami langsung mengambil keuputusan untuk menuju Jogjakarta yang jaraknya kira-kira 750 km daripada Banyuwangi.  Oleh kerana pada hujung minggu itu terdapat majlis perkahwinan anak perempuan kepada bpk Tresno bin Jemadi di Jember dan kami perlu menghadirinya, rancangan kami terpaksa ditunda sehingga hujung minggu iaitu pada hari Ahad minggu tersebut.


Pada hari minggu kami bersama bpk Suparno dan isteri menuju ke rumah bpk Tresno bin Jemadi menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan beliau . Rumah bpk Tresno terletak di Kota Jember kira-kira 100 km daripada Desa Ringintelu.  Sebaik sahaja selesain majli tersebut pada sebelah petang, kami bersama bpk Suparno dan isteri dibawa mampir ke rumah saudara kami bernama bpk Sugeng di Kota Jember,  Setelah berbincang bagaimana caranya mau ke Jogjakarta, bpk Sugeng berusaha mendapatkan tiket keretapi ke Jogjakarta, malangnya tiket perlu ditempah sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh perjalanan - kalau mendadak begitu sememangnya tidak berhasil kerana semua tiket habis ditempah.  Kami berusaha pula mendapatkan bas cepat (Ekspres) ke Jogjakarta pada malam itu. Malangnya tiket bas juga sudah kehabisan. Mula timbul perasaan kecewa dan saya terus berkeras untuk berangkat malam itu juga ke Jogjakarta walau dengan apa cara sekalipun.

Setelah berbincang bersama bpk Sugeng, bpk Suparno dan bpk Sugiyono - keputusannya boleh berangkat ke Jogjakarta menggunakan kenderaan milik bpk Suparno dan bpk Supirno (adik kepada Supardi yang menetap di Bondowoso) akan meminjamkan pemandunya untuk mengemudi kereta dari Jember ke Jogjakarta pada malam itu.  Jam 10.00 malam kami sermai 6 orang berangkat meninggalkan kota Jember ke Jogjakarta. 6 orang terdiri daripada Haji Basiran, Parsan, Suparno, saya sendiri (Mohd Khairi) dan Sunarno dan anak lelakinya selaku pemandu kenderaan. ibu Saginah (isteri Suparno) tidak inut serta dan pulang ke Ringintelu menumpang kenderaan bpk Sugiyono.

Kenderaan kami membelah malam dari Jember ke Jogjakarta melalui jalur Pantura (Jalan di tepi Pantai Utara) melalui beberapa kota dalam kesamaran dan kedinginan malam.  kesibukan jalanraya disepanjang perjalanan di Pulau Jawa yang terkenal dengan kepadatan penduduknya membuatkan kami 3 beradik tidak dapat melelapkan mata. Pengalaman di atas jalanraya yang agak sempit jika dibandingkan dengan lebuhraya di Malaysia membuatkan hati kami kecut dan sentiasa berdoa agar dihindarkan dari sebarang kecelakaan. Mulut kami terus mengingatkan pemandu agar sentiasa berhati-hati dan sekiranya penat atau mengantuk supaya berhenti rehat atau minum. Kita tidak perlu `ngebut' (terburu-terburu cepat) untuk sampai ke Jogjakarta. Biarlah perjalanan 700 km ini dalam suasana santai. Keadaan jalan yang kebanyakannya didalam pembaikan menghadkan kelajuan kenderaan kami.  Menjelang waktu subuh kami berhenti rehat dan menunaikan solat subuh di sebuah masjid mini yang entah dimana lokasinya.  Alhamdulillah, jamaah solat subuh menyapa kami dengan baik, bertanyakan kabar dan apabila mengetahui kami dari Malaysia lantas mereka mengajak berbual sambil minum kopi di warung berhampiran.

Meneruskan perjalanan menuju ke Jogjakarta melewati beberapa kota yang antaranya Purwokerto, Mojokerto dan sebagainya, sesat mencari jalan keluar kota menjadi pengalaman menarik untuk dikongsi dalam nukilan ini. Setelah berpusing-pusing beberapa kali di Kota Purwokerto mencari jalan ke Malang / Surabaya dan akhirnya dengan bantuan bpk polisi kami ditunjukan jalan ke Malang / Surabaya.

Kami berhenti rehat dan menunaikan solat zohor di sebuah masjid kirakira sejam perjalanan untuk sampai ke Kota Madiun.  Kira-kira 15 minit meninggalkan masjid berkenaan bpk Suparno menyedari jam tangannya tertinggal dan kami berpatah balik lagi, kebetulan jam tangan itu disimpan oleh penjaga masjid distu dan diserahkan kepada Suparno.  Meneruskan perjalanan setelah berhenti di sebuah rumah makan di Kota Madiun kami dikejutkan apabila secara tiba-tiba tayar kenderaan kami di sebelah belakang pancit.  Saya beranggapan tayar pancit tidak menjadi maalah kerana boleh dibuka dan dipasang tayar `spare'  dan meneruskan perjalanan. Paling mengejutkan apabila mengetahui rupa-rupanya kenderaan yang kami naikki untuk perjalanan sejauh itu tidak memiliki tayar ganti. Sunarno membuka tayar yang pancit dan mencari `tampal ban' yang kebetulannya ada berhampiran tempat tersebut.  Saya dan Parsan mengambil peluang mencari warung kopi yang terletak didalam kebun getah untuk menghilangkan ketagihan minum teh tarik yang sudah beberapa hari kami tidak menikmatinya,  warung minum yang dinamakan ` lesehan' kerana tanpa meja dan kerusi hanya terdapat tikar mengkuang untuk makan atau minum sambil duduk.  Wak Parsan dan saya memesan segelas `teh tarik' yang mana kami terpaksa menunjuk-ajar pemilik warung bagaimana membuat teh tarik.

Setelah melalui beberapa kota kecil seperti Ngawi, Sragen dan lainnya kira-kira jam 4.00 petang kami berhenti di Masjid Prambanan untuk menunaikan solat asyar sambil menunggu bpk Faat Gading Sarjoni (menantu kepada ALM bpk Sagiyo Darjo anak bongsu bik Jayem di Desa Ringintelu) yang didalam perjalanan untuk menjemput kami ke rumahnya. Bpk Sarjoni sampai ke masjid tersebut bersama anak perempuannya Dea Maharani Sadewi tidak lama kemudian. Kami meneruskan perjalanan ke rumah bpk Sarjoni di Karangwuni dengan Dea sebagai penunjuk arah dan bpk Sarjoni mengikut kami dari belakang.

bpk Faat Gading Sarjoni
(menantu Sagiyo Darjo )


Malam itu kami di rumah bpk Sarjoni berbual mengenai tujuan kami ke Indonesia yang semata-mata ingin mencari asal usul keturunan kami dari Almarhum mabha Saman@ Haji Yunus bin Among Karsih dan juga Dipokaryo bin Among Karsih. Perasaan kami amat lega kerana bpk Sarjoni mengatakan beliau tahu desa asal orang tuan kami dan telah mengaturkan kunjungan ke desa berkenaan untuk bertemu saudara mara kami pada keesukan hari.

Setelah menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh ibu Dwi Wahyuni binti Sagiyo Darjo (isteri bpk Sarjoni) kira-kira jam 8.00 pagi kami meninggalkan rumah bpk Sarjoni menuju ke Dusun Temon, Desa Temon Wetan, Kecamatan Temon, Kabupaten Kulon Progo berjarak kira-kira 60km. Kesibukan lalulintas membataskan pergerakan kenderaan kami untuk lebih cepat sampai ke destinasi yang dituju. Kira-kira 2 jam selepas itu sekitar jam 10.00 pagi barulah kami sampai di rumah yang dituju iaitu rumah bpk Sadino bin Sagiyo Sapto Sudarmo yang kebetulannya merupakan Pak Dukoh Dusun Temon.  Beliau ialah cucu kepada Setromunadi bin Among Karsih (abang kandung kepada Saman @ Haji Yunus dan adik kepada Dipokaryo).

Setelah bersalaman dan mengenalkan diri dan memaklumkan tujuan kami ke Indonesia hanyalah semata-mata ingin mengetahui asal usul orang tuan kami yang bernama Saman @ Haji Yunus dan Dipokaryo bin Among karsih yang kedua-duanya menetap di Malaysia dan telahpun meninggal dunia. Tidak ada tujuan lain selain daripada ingin merapatkan silaturrahim dikalangan keturunan Saman dan Dipokaryo dengan anak cucu cicit keturunan Among Karsih di Indonesia.

bpk Sadino bin Sagiyo Sapto Sudarmo

Edin Purwanto bin Sadino
Kami bersyukur kepada Allah kerana akhirnya berjaya sampai ke kampung asal orang tua kami dan menemui saudara-mara yang lain dari keturunan Among Karsih yang selama ini kami tidak pernah dan tidak termimpi untuk menemui keluarga besar kepada bapa kami.  Kami dimaklumkan berkaitan silsilah Trah Among Karsih seperti yang pernah saya catatkan didalam penulisan saya sebelum ini. Menurut bpk Sadino lagi, inilah tapak rumah asal orang tua kami hanya rumahnya sahaja yang telah dibina baru kerana dimakan usia.

Setelah menikmati makan tengahari, kami dibawa buat pertama kalinya menziarahi pusara mbah Among Karso di Dusun Temon dan pusara mbah Among Karsih serta pusara mbah putri di Jati Kontal, Desa Temon Wetan. Kami juga sempat singgah ke rumah bpk Marto Utomo bin Ahmad Shukri bin Trasono bin Among Karsih yang rumahnya berhampiran tanah perkuburan di Jati Kontal.

Walau berat hati dan merasakan belum puas berziarah ke kampung asal bapak kerana inilah kali pertama sampai ke desa ini dan banyak lagi maklumat mengenai orang tua kami serta adik beradiknya yang belum kami ketahui, namun kami terpaksa meninggalkan keluarga bpk Sadino dan ibu Suprihatin, anak lelakinya Edi Purwanto, menantunya Nur Zainah dan 2 orang cucunya untuk kembali ke Jogjakarta (rumah bpk Sarjoni). Selepas makan malam kami berangkat menuju Jogjakarta semula.

Hasil carian imej untuk candi borobudur
Candi Borobudur di Magelang

Kami tinggal di reumah bpk Sarjoni selama 3 hari kerana anak kepada Pitoyono (Panca Oktawirani) yang menuntut di Bandung akan ke Jogjakarta untuk bersama kami pulang ke Banyuwangi. Kesempatan waktu yang ada kami gunakan mengunjungi Candi Borobudur di Magelang dan berjalan-jalan di sekitar Kota Jogjakarta seperti pusat membeli belah Bringinharjo di Jalan Malioboro dan sekitarnya.

Keesukan pagi barulah Panca Oktawirani sampai ke Jogjakarta dan kami berlepas ke Banyuwangi pada sebelah tengahari dan hari berikutnya setelah melalui perjalanan panjang sekitar 20 jam kira-kira jam 9.00 malam kami sampai di Desa Ringintelu.  Hujung minggu berikutnya kami ke Jember lagi menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan kepada Tresno bin Jemadi dan kembali semula ke Ringintelu.

Kami berlepas ke Surabaya setelah menghabiskan selama 13 hari di dua tempat berbeza - Desa Ringgintelu dan Kota Jogjakarta. Usaha yang tidak sia-sia dan kami amat bersyukur kerana usaha menjejaki asal usul orang tua kami akhirnya menampakan sinar kejayaan. InsyaAllah kami akan datang lagi meneruskan usaha ini sehingga semua keturunan daripada adik beradik kepada bapak kami dapat kami temui walau tidak keseluruhannya. kami pasti datang lagi ..... tunggu catatan kunjungan ke 4 ...

catatan: (tarikh tidak ingat kerana foto dan lainnya yang disimpan didalam micro SD hp hilang tanpa sengaja didalam pesawat semasa balik ke Kuala Lumpur).









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trah Among Karsih - Pertemuan Silaturahmi Kali Pertama

Latar Belakang Carta Keturunan Among Karsih@ Palang Boyo Allahyarham Among Karsih @ Palang Boyo bin Among Karso@ Potro Joyo berasal dari  Dusun Temon, De sa Temon Wetan, Kecamatan Temon, Kabupaten Kulon Progo, Jogjakarta, Indonesia. Beliau mempunyai 6 orang nak (5 laki2 dan 1 perempuan) terdiri daripada 1) Trasono 2) Sonokaryo 3) Dipokaryo@Haji Mustapha  4) Setromunadi 5) Saman@Haji Yunos 6) Jayem. Dua orang daripada  mereka ini iaitu Dipokaryo@Haji Mustapha dan Saman @ Haji Yunos telah berhijrah meninggalkan kampung halaman mereka ke Malaya pada sekitar awal tahun 1900 (tarikh sebenar tidak diketahui) meninggalkan kedua orang tuanya dan 4 orang lagi adik beradik mereka di Indonesia dan tidak pernah kembali lagi ke negara asal mereka sehinggalah masing-masing meninggal dunia tanpa memberitahu kepada anak-anak dan cucu mereka asal-usul mereka, hanya sekadar memberitahu bahawa mereka berasal dari Pulau Jawa, Indonesia. Us...

DIPOKARYO BIN AMONG KARSIH

TRAH AMONG KARSIH - Keluarga Dipokaryo - Dahulu sewaktu aku kecil, aku hanya tahu bapaku bernama Haji Yunos bin Among Karsih berketurunan jawa, berasal dari Indonesia. Aku hanya tahu bahawa Dipokaryo yang sering ku memanggilnya dengan nama ' Wak Dipo' tinggalnya di Batu 3, Kampung Selabak, Perak adalah satu2nya keluarga bapakku yang ada. Ada juga sekali dua aku dibawa bapakku ' Wak Dipo  menziarahi ' Wak Dipo'  di rumahnya. Wajah  ingat2 lupa didalam benak fikiranku.  Apabila 'W ak Dipo' meninggal dunia, bapakku tidak pernah lagi kerumahnya, namanya juga sudah jarang disebut oleh bapak. Alm Dipokaryo bin  Among Karsih Hubungan keluargaku dengan keluarga Wak Dipo juga boleh dikatakan menjadi agak jauh dan jarang bertemu. Silsilah keturunan Alm Dipokaryo@ Haji Mustaffa bin Among Karsih Tambahan lagi apabila seorang demi seorang anak- anak wak Dipo meninggal dunia. Kang Mahmud yang tinggal di Parit Seri, Parit Jawa, Muar Johor pernah sekali da...