Langkau ke kandungan utama

Reuni Trah Among Karsih 2019

TRAH AMONG KARSIH (TAK)
Reuni Trah Among Karsih 2019
Tarikh:    29 Jun 2019 ( Hari Sabtu)
Tempa:   Di rumah Tajul Ariffin bin Abdul Jalal,
Batu 4, Kg Selabak Teluk Intan, Perak, MALAYSIA.

Pendahuluan

Usaha mempereratkan hubungan silaturrahmi dikalangan anggota keluarga Trah Among Karsih diteruskan lagi dengan mengumpulkan sebilangan besar anggota keluarga Trah Among Karsih dari dua negara (Malaysia dan Indonesia).  Kali ini Reuni Trah Among Karsih 2019 berjaya menghadirkan seramai 30 orang perwakilan dari keturunan anak-anak Among Karsih dari Indonesia, manakala perwakilan selebihnya adalah anak cucu dari keturunan Dipokaryo bin Among akarsih yang bertibdak menjadi host / tuan rumah kepada Reuni TAK 2019 dan anak cucu keturunan Saman bin Among Karsih.. Junlah kehadiran dianggarkan seramai 300 orang.

Kehadiran keluarga TAK dari Indonesia terdiri daripada keturunan TAK yang tinggal di Banten, Jakarta, Ceribon, Temon, Prambanan, Bantul (Jogjakarta), Banyuwangi, Lombok dan Batam. Manakala yang dari Malaysia adalah keturunan Dipokaryo dan Saman.

Majlis dimulakan tepat jam 10 pagi dengan kehadiran rombongan dari TAK Indonesia yang diketuai oleh bpk Sadino Sagiyo Sapto Sudarmo bersalaman dengan keturunan Dipokaryo yang berbaris disepanjang jalan masuk menuju ke lokasi pertemuan di rumah Encik Tajul Ariffin bin Abdul Jalal.  Layari: Reuni Trah Among Karsih 2019

Rombongan dari Indonesia terdiri daripada:
Jalur Setromunadi
1.bpk Sadino Sagiyo Sapto Sudarmo & isteri - Jogjakarta
2.bpk Haji Budi Martono & isteri - Banten
3.bpk Sudiyono & isteri - Lombok
4.bpk Ade Mujiarto & isteri - Ceribon
5.bpk Sakijo & isteri - Bantul, Jogjakarta
6.ibu Sulastri & anak laki2 - Prambanan
7.Ibu Suparyati & anak laki2 - Lombok
8.ibu Nur Chasanah & 2 anak2nya - Batam

Jalur Sonokaryo
1.bpk Takat Gunardi & Detha - Jakarta

Jalur Jayem
1.bpk Sugiyono & isteri - Sambirejo, Banyuwangi
2.bpk Pitoyono & isteri serta cucu - Pedotan, Banyuwangi
3.bpk Guntono - Ringintelu, Banyuwangi
4.ibu Suci Endang Ningtyas & 2 anak - Sambirejo, Banyuwangi.

Keluarga Jalur Dipokaryo diketuai oleh Encik Ahmad Anuar bin Mestar selaku pengerusi Jawatakuasa Reuni Trah Among Karsih 2019, manakala Tuan Haji Basiran bin Saman mengetuai kumpulan Jalur Saman @ Haji Yunos bin Among Karsih.

Tetamu kehormat Reuni TAK 2019 ialah YB.Tuan Haji Rizam Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Sungai Air Tawar, Sabak Bernam. Dalam ucapan pelancarannya, beliau mengharapkan reuni yang mengumpulkan keluarga dari 2 negera Malaysia dan Indonesia ini adalah satu usaha yang baik dan perlu diteruskan sebagai kesinambungan hubungan kekeluargaan diantara satu sama lain.


Beberapa acara yang disertai oleh semua peserta telah disusun oleh penganjur untuk mengeratkan hubungan silaturrahmi dikalangan peserta.

Disepanjang tempoh pertemuan bermula 27/6/2019 sehingga hari akhir pertemuan pada 6/7/2019 keluarga dari Indonesia telah dibawa mengunjungi rumah-rumah sanak saudara di Negeri Perak dan di Negeri Selangor untuk mengenali  satu sama lain.

Video aktiviti Reuni Rrah Among Karsih 2019 boleh dilayari melalui: Reuni Trah Among Karsih




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trah Among Karsih - Pertemuan Silaturahmi Kali Pertama

Latar Belakang Carta Keturunan Among Karsih@ Palang Boyo Allahyarham Among Karsih @ Palang Boyo bin Among Karso@ Potro Joyo berasal dari  Dusun Temon, De sa Temon Wetan, Kecamatan Temon, Kabupaten Kulon Progo, Jogjakarta, Indonesia. Beliau mempunyai 6 orang nak (5 laki2 dan 1 perempuan) terdiri daripada 1) Trasono 2) Sonokaryo 3) Dipokaryo@Haji Mustapha  4) Setromunadi 5) Saman@Haji Yunos 6) Jayem. Dua orang daripada  mereka ini iaitu Dipokaryo@Haji Mustapha dan Saman @ Haji Yunos telah berhijrah meninggalkan kampung halaman mereka ke Malaya pada sekitar awal tahun 1900 (tarikh sebenar tidak diketahui) meninggalkan kedua orang tuanya dan 4 orang lagi adik beradik mereka di Indonesia dan tidak pernah kembali lagi ke negara asal mereka sehinggalah masing-masing meninggal dunia tanpa memberitahu kepada anak-anak dan cucu mereka asal-usul mereka, hanya sekadar memberitahu bahawa mereka berasal dari Pulau Jawa, Indonesia. Us...

DIPOKARYO BIN AMONG KARSIH

TRAH AMONG KARSIH - Keluarga Dipokaryo - Dahulu sewaktu aku kecil, aku hanya tahu bapaku bernama Haji Yunos bin Among Karsih berketurunan jawa, berasal dari Indonesia. Aku hanya tahu bahawa Dipokaryo yang sering ku memanggilnya dengan nama ' Wak Dipo' tinggalnya di Batu 3, Kampung Selabak, Perak adalah satu2nya keluarga bapakku yang ada. Ada juga sekali dua aku dibawa bapakku ' Wak Dipo  menziarahi ' Wak Dipo'  di rumahnya. Wajah  ingat2 lupa didalam benak fikiranku.  Apabila 'W ak Dipo' meninggal dunia, bapakku tidak pernah lagi kerumahnya, namanya juga sudah jarang disebut oleh bapak. Alm Dipokaryo bin  Among Karsih Hubungan keluargaku dengan keluarga Wak Dipo juga boleh dikatakan menjadi agak jauh dan jarang bertemu. Silsilah keturunan Alm Dipokaryo@ Haji Mustaffa bin Among Karsih Tambahan lagi apabila seorang demi seorang anak- anak wak Dipo meninggal dunia. Kang Mahmud yang tinggal di Parit Seri, Parit Jawa, Muar Johor pernah sekali da...

Trah Among Karsih - Menyelusuri Keluarga Trah Among Karsih 2011

TRAH AMONG KARSIH – MENYELUSURI TRAH AMONG KARSIH (5 – 12 MEI 2011) A mong Karsih @ Palang Boyo ialah anak kepada Among Karso @ Potro Joyo.   Among Karsih mempunyai 6 orang anak yang terdiri daripada: 1.  Trasono  - keluarganya menetap di Jati Kontal, Temon Wetan 2.  Sonokaryo  – Keluarganya menetap di Padaherang, Banjar Ciamis , Jawa Barat 3.  Dipokaryo  – keluarganya menetap di Kampung Batu 3, Selabak, Teluk Intan Perak. 4.  Setromunadi  – Keluarganya menetap di Dusun Temon, Temon Wetan, Yogyakarta 5.  Saman  – keluarganya menetap di Kampung Teluk Rhu, Sabak Bernam, Selangor 6.  Jayem  – Keluarganya menetap di Desa Ringintelu, Bangorejo, Banyuwangi. Keluarga Among Karso menetap di Dusun Temon, Desa Temon Wetan, Kecamatan Kulon Progo, Jogjakarta, Indonesia.  Makam / pusara Among Karso berada di Tanah Perkuburan Dusun Temon, manakala makam / pusara Among Karsih serta isterinya berada di Tanah...